please...Salurkan Bantuan Seberapa Yg Mampu


Salam...kojie just copy dr fb yg kojie dpt...please baca semua sekali report polis...remaja ni bukan mencuri kabel elektrik..beliau pergi membersihkan kebun kelapa sawit....










Berat mata memandang, berat ...lagi bahu yang memikul. Ketika artikel ini ditulis, penulis sedang berperang dengan emosi untuk mengumpul kekuatan berkongsi kesedihan yang amat sangat mengenai nasib yang menimpa Saudara Mohamad Hairuman, 22 tahun yang menjadi mangsa kejutan elektrik kabel voltan tinggi TNB berhampiran satu kebun sawit dekat Masjid Baroh, Tanjung Karang, Selangor.

Mangsa yang kini telah dipindahkan dari Hospital Tanjung Karang ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini. Ketika semua membaca artikel ini, mangsa yang penulis pasti sedang kebuntuan dan sedih, dan mungkin juga sedang mengalirkan airmata tanpa henti sejak tengahari kerana telah di sahkan oleh pakar perubatan dan mendapat persetujuan abang dan kakaknya agar KEDUA-DUA BELAH TANGAN SERTA SEBAHAGIAN JARI KAKI AKAN DI POTONG dengan segera malam ini atau esok pagi.

Kini tidak perlu lagi kita bercakap dan bertanya ”macamana boleh berlaku?”, ”takde bantuan ke?”, ”takde cara lain ke?”..... apa yang perlu kita semua sebagai insan yang prihatin dan bernasib baik memikirkan bagaimana untuk kita memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga menempuh kehidupan ”baru” mulai esok.

Justeru itu, JKMRM-MBM merayu sepenuh hati kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan NGO Belia untuk tampil menyalurkan sumbangan berbentuk barangan mahupun kewangan kepada mangsa.

Senarai keperluan barangan gunahabis dan ubat-ubatan yang diperlukan boleh diperolehi dari pihak kami. Sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi JKMRM-MBM seperti maklumat di bawah:
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia
Saudara Abd. Rizam – 0137348888
Saudara Khairul Annuar – 0192602964
Saudara Mohd Rizan – 0137733676

Sama-samalah kita berdoa agar mangsa dan keluarga diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.
Yang menjalankan tugas, Mohammad Rizan bin Hassan Setiausaha Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia (MBM) Tel: +60122853630 / +60137733676 FB:
www.facebook.com/mdrizanhassan
FB 1B1K: http://www.facebook.com/pages/1Belia-1Kemahiran/140946845950665?ref=ts
FB JKMRM: http://www.facebook.com/group.php?gid=278321043532
FB Aduan Belia: http://www.facebook.com/group.php?gid=302324266537
FB HBN: http://www.facebook.com/haribelianegara2011

2 comments:

Ade Aku Kesah? said...

Ya Allah peritnya...
Gambar no 4 tu bahagian tangan dia ker? Sampai nampak tulang... Ish...

bungeCENGKEH said...

Sedih abang wan tengok Gie, harap beliau tabah menghadapi dugaan hidup mendatang