Renungan Bersama

Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik.

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.

Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi / budak, dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi / selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok / rasa mengantuk selepas asar.

Saka dipindahkan melalui kasih sayang / harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan. Symptom dah terkena saka;

  • Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
  • Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
  • Susah nak dapat anak, senang gugur.
  • Ada rasa kelibat orang lalu.
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000x sampai habis, insyaAllah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim and kanser tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat penyakit ni (na’uzubillah), pergi lah perawatan cara Islam juga.

Kalau ibu kita sakit kanser dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-Ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.


Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-Ikhlas setiap hari.

Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyaAllah akan sampai panggilan kita kepadanya.


Anak Degil (Ibu2 mesti suka tips ni, hehe)

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK. Ni macam seram sikit masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..

e.g. Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

Nota penghantar emel: “Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi :)”

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

No comments: