VIDEO SEKS KONONNYA AN'PERANG' BAIM

OLAHAN SECARA SINIS KEPADA .....ANU DALAM BOTOL ( OPS !!..PROMOSI JERK )
KALAU RAJIN BACA LAH.....KALAU TAK RAJIN....ABAIKAN......KREDIT TO THIS BLOG
Sebaik sahaja meletup kisah video seks seorang lelaki menyerupai Ketua Pembangkang mengadakan seks oral dan diikuti dengan penetrasi pelbagai posisi di sebuah hotel, pimpinan pembangkang segera mempertikaikan kesahihan video tersebut sebagai ‘doctored’ dan ‘tampered’.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, yang tertuduh pula seolah-olah mengakui kesahihan video tersebut tetapi menafikan lelaki itu adalah dirinya. Lelaki itu adalah seseorang yang menyerupai dirinya cuma perutnya sedikit buncit. Kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kepada kebanyakan kita, hanya Wan Azizah dan tuan punya tubuh sendiri yang mampu mempertikaikan kesahihan dakwaan bahawa lelaki di dalam video itu bukan Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, saya suka untuk mengulas sedikit berhubung dengan dakwaan video tersebut dihasilkan dengan teknik-teknik kesan visual bagi menampakan bahawa pemainnya adalah Anwar Ibrahim walhal pada waktu yang sama, ianya bukan Anwar Ibrahim.

Saya berseloroh dengan seorang yang bertanya kepada saya kesahihan video tersebut bebas dari kesan khas. Jawab saya, beri saya sebuah peti televisyen berdefinasi tinggi 62 inci, saya akan beri jawapannya.

Apakah video sedemikian boleh di buat? Jawab saya tidak dan jawab saya juga boleh.

Jawab saya tidak adalah kerana video adalah gambar bergerak, untuk filem ia bergerak dengan kelajuan 24 frame per saat dan untuk video lebih 25 frame se saat. Ia bukan gambar still seperti mana Tian Chua pernah mencantumkan gambar Perdana Menteri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda dengan seorang wanita yang didakwa oleh Tian Chua sebagai Mendiang Altantunya.

Tian Chua harus mengolah 24 frame gambar tersebut untuk menjadikan ianya bergerak untuk sesaat. Untuk menggerakkan satu adegan dalam filem selama 17 minit, ia memerlukan 24,480* frame di olah sedemikian rupa. Lebih banyak lagi jika format asalnya ialah video.

Jadi bagi saya video tersebut tidak boleh dihasilkan.

Tetapi bagaimana pula saya juga menjawab ia boleh dihasilkan.

Iya, kita terpengaruh dengan kehebatan kesan tampak Hollywood terutama sejak munculnya kesan tampak (visual) digital era pasca Jurassic Park. Benarlah ianya mampu dihasilkan bagaimanapun, ianya hanya boleh dihasilkan didalam suasana terkawal.

Apa itu suasana terkawal? Suasana terkawal ialah adegan tersebut dihasilkan dengan menggunakan beberapa teknik kesan khas dan kesan tampak. Sumber asal sering dirakam ia dalam studio khas dengan menggunakan tirai latar belakang khas. Juga jika adegan itu memerlukan pemainnya melakukan beberapa pergerakkan, maka sejenis kamera khas dengan alat kawalan pergerakan (motion control) digunakan.

Penyelenggara kesan tampak diperlukan untuk berada dilokasi bagi menasihati pengarah dan selain daripada monitornya, pengarah juga disediakan sebuah monitor yang menyiarkan gambar yang sudah digabungkan. Ia bagi memastikan sebarang kejanggalan dapat dielakkan.

Apakah hasil kerja-kerja kesan tampak boleh dikesan di dalam sesebuah karya? Iya, sebarang kerja-kerja kesan tampak masih boleh dikenalpasti di dalam sesebuah karya bagi mereka yang memahaminya.

Bagaimana kita mengenalpasti kesan-kesan tampak yang terdapat di dalam sesebuah adegan?

Terdapat dua kegunaan kesan tampak, pertama ialah bagi ‘enhance’ sesebuah adegan. Selalunya ia tidak dominan, dan sering terlepas pandang. Kadang-kadang ia digunakan bagi memadamkan beberapa latar belakang dalam sesebuah adegan. Kadang-kadang ia digunakan untuk membina latar belakang dan props di dalam sesebuah adegan.

Kegunaan kedua ialah untuk membentuk pemain atau objek yang merupakan subjek penting di dalam sesebuah adegan atau filem. Contohnya kesan tampak digunakan untuk membina dinasour atau barisan jutaan atau ribuan tentera.

Sudah tentu kesan tampak sebegini mudah kita kenalpasti dari mula lagi. Contohnya dinasour dalam Jurassic Park atau wakak-watak bukan manusia di dalam Lord of The Rings. Kita tentu sekali tahu itu adalah kesan tampak kerana benda-benda itu tidak wujud di dalam dunia kita hari ini.

Saya rasa rumusan tersebut sudah cukup menjelaskan segala-galanya.

Bagaimana pula jika dikatakan video tersebut dihasilkan dengan gabungan beberapa petikan video Anwar dan dicantumkan dengan video pemain yang menyerupai Anwar?

Jawapannya ialah ia boleh dibuat dan senang dikenalpasti.

Sekiranya Anwar bukan pelaku yang rela, ini bererti video Anwar dihasilkan di dalam suasana tidak terkawal. Oleh yang demikian walaupun pelbagai teknik kesan tampak boleh digunakan untuk ‘enhance’ video tersebut bagi mengelak kejanggalannya, ia masih boleh dikenalpasti.

Perbandingan dari aspek penataan cahaya dan bebayang boleh dinilai dan walaupun ianya boleh di ‘enhance’ secara digital ia masih boleh dikenalpasti. Kedalaman fokus di antara shot asal dan shot-shot seterusnya akan menjelaskan penggunaan lensa dan jenis lensa. Sebarang ketidak konsitennya boleh dibaca. Ini adalah antara kaedah paling mudah dan tidak kurang teknikal untuk dikenalpasti.

Rumusannya, kemunculan video ini adalah sama juga dengan keperluan DNA Anwar untuk membersihkan namanya. Kedua-duanya hanya Anwar yang dapat membersihkan dirinya. Bagi kita yang yakin dengan kebersihan Anwar, tidak ada apa yang hendak dirisaukan. Penyelesaiannya ada pada Anwar Bin Ibrahim.

Dan memandangkan semalam yang dituduh sudah menafikan pengbabitannya di dalam video tersebut, maka pelakon lelaki didalam video itu harus disebut sebagai ‘Lelaki Y’.

1 comment:

bungeCENGKEH said...

Logik ker seseoarang yang sedang menghadapi pertuduhan salah laku liwat sanggup letak tali gantung pada lehernya dengan melakukan perkara yang sama iaitu melakukan seks haram yang jelas akan memakan diri sendiri? dan apakah kesinambungan penayangan video seks ini di saat negara hampir kepada Pilihanraya? dan apakah tujuan kemunculan Umi Halfilda pada masa ini, dan apakah kewajaran Umi Halfilda yang menuduh kononnya pembangkang/ akhbar pembangkang menfitnah beliau sejak adri dulu lagi sedang kita tahu yang pembangkand sudah lama abaikan kisah Umi Halfilda sejak dulu lagi dan yang tetiba muncul adalah Umi Halfilda sendiri yang kononya teraniaya.... Fikirlah sebaik2nya :)