Khas Buat Mama

 
entry ni khas untuk my mama....

setiap orang ada ibu kan...ada yang panggil umi..mami..mak..emak...ibu..ami...ma..n mama....
kojie ( will call along after this ) panggil my mom...mama....mama lahir 16 Nov 1966...slps umur 21 tahun....aku dilahirkan...


dari kaki sekecil tapak tangan


tangan ku sekecil ibu jari


mama tak jemu2 membesarkan along.n skrg mama 45....dh lebih separuh usia mama membesarkan along.
ma, terlalu banyak sangat pengorbanan mama membesarkan along.
banyak harapan mama pada along yang along tak dapat tunaikan.
banyak dosa along pada mama dari kecil sampai sekarang.
terlalu banyak untuk along ungkapkan.

mama....hati mama begitu tabah membesarkan along dan adik-adik
terlalu besar dugaan yg Allah s.w.t uji mama dalam membesarkan kami.
tak tertanggung beban itu kalau along yg menanggungnya.
tapi mama kuat...mama sangat kuat..
kuat mengharungi hidup ini.
kuat membesarkan along dan adik
kuat menanggung segala beban,

mama..
dari garis di wajahmu memaparkan erti sebenar derita yang mama tanggung.
derita yang tak mampu untuk diceritakan
derita yang mama simpan selama membesar along dan adik-adik.
mama simpan semua derita itu dengan senyuman 
senyuman yang penuh keikhlasan 
senyuman yang mengharapkan kejayaan anak anak mama 
dan senyuman untuk  kebahagiaan kami.

mama telan semua perit kehidupan, 
mama telan semua jerih kesusahan,
mama padamkan kisah silam,

mama lahirkan doa penuh kesyahduan untuk anak- anak mama.
mama sentiasa di sisi along dan adik-adik di saat kami amat memerlukan mama.
mama belai dan usap penuh dengan kasih sayang tanpa menghiraukan kekotoran yang menyaluti diri.

mama...disaat ini along berdoa pada ilahi agar mama diberi usia yang panjang untuk along membalas jasa mama....memang tak terbalas jasa mama..namun biarlah sekelumit diri ini membalas jasamu...
membuatmu tersenyum
membuatmu tenang
membuatmu bahagia
itu yang ku harapkan...tiada yang along pinta..hanya doa dari mama untuk along dan adik-adik...
selagi mama bernyawa...doalah untuk kami mama...sesungguhnya doa mama paling mujarab dari segala doa.


Mama sembilan bulan sepuluh hari 
mama mengandungkan along

terpana segala kudrat mama
mengendong along dalam keperitan

kesakitan yang amat


mama terima kasih atas segalanya
kerna membenarkan along lahir ke dunia

yang pasti akan memenatkan mama
lagi menambah kesibukan mama

mama

tiada apa yang mampu along berikan
hanya sekeping hati yang tulus along berikan

untuk menyayangi hati tua yang melahirkan along
dengan penuh kasih sayang

mama

along harap mama bahagia bersama along
sehingga ke akhir hayat mama

dengan senyuman dan kasih sayang along
sebagai membalas segala jasa mama


mamamamalah ratu hati along
mamalah dunia along

mamalah jiwa along
mamalah syurga along


mama terima kasih 
along ucapkan seadanya

dengan kucupan along taburkan
tanda sayang along kepada mama

4 comments:

lagenda said...

hepi mothers day utk mama kojie yek

CikLilyPutih said...

hepi mothers day for your mum..

makdara TERdiva said...

happy mother's day to your momma :)

~iera kan~ said...

menjenguk rakan2 gathering..happy jumpa u all semua