Hikayat Merong Mahawangsa



Apa yang best dengan Hikayat Merong Mahawangsa?

Epic-action movie, mesti la best. Lebih2 lagi dia menceritakan tentang keadaan sebelum terbentuknya kerajaan Langkasuka. Merong Mahawangsa (lakonan Stephen Rahman-Hughes) pada awalnya diupah oleh putera Rom untuk guide dia ke Semenanjung Emas. Atas dasar diplomatik punya pasal, putera Rom akan dikahwinkan dengan puteri dari China.

Kat Semenanjung Emas tu pulak, native kat sana ada dua puak. Tiada ketua. Diorang dihantui oleh kumpulan lanun, Geruda. Geruda culik puteri China untuk dijadikan tebusan. Kat sini la watak Merong memainkan peranan. Dia satukan puak-puak kat Semenanjung Emas dan jadi ketua diorang. Seterusnya dia bergabung dengan tentara Rom dan China untuk musnahkan kubu Geruda.

Walaupun babak lawan perang ada sikit slack, tapi overall memang terbaik. First class..!!! Babak cinta tak banyak. Antara putera Rom dengan puteri China je. Lawak? Merong Mahawangsa dalam filem ni memang pandai buat lawak. Haha..

Paling buat aku impress, pelbagai bahasa digunakan dalam filem ni. Bahasa English, China, Melayu, dan beberapa bahasa lain pun ada. Merong siap boleh kecek cina lagi dengan admiral China. Puteri China pulak speaking mat salleh dengan putera Rom. Sangat cool..!!

Teruja aku dgn penggunaan bahasa melayu klasik dlm filem ni. Cuma, Khir Rahman kureng sikit. Dia cakap guna bahasa melayu moden. Rosak mood klasik di situ.

Intro

Intro bagi cerita ini rasanya mengambil hampir 1 per 3 dari keseluruhan cerita dimana pada awal cerita, lebih focus terhadap Putera Rom dan Puteri dari China berbanding Merong Mahawangsa. Scene awal menunjukkan Merong Mahawangsa berlawan di Pasar Goa sebab ngorat anak bangsawan Goa. Karakter yang ditonjolkan pada awal berbeza langsung dengan expectation. Ingatkan dia serius, rupanya sempoi..

Perkembangan Terlalu Laju

Dari satu scene ke scene lain nampak seolah-olah macam terlalu laju. Mungkin bagi mengelakkan cerita menjadi panjang dan bosan, perkembangan cerita terpaksa dilajukan. Kalau tak nanti mungkin cerita akan jadi lebih lama dan bosan.

Pelakon

Pemegang watak utama Merong Mahawangsa boleh dipuji sebab memainkan watak dengan smooth. Fasih menggunakan Bahasa Inggeris membantu flow cerita jadi lebih mudah difahami. Watak Merong Mahawangsasangat menonjol tetapi watak lain nampak sedikit kurang menyerlah dan tidak banyak dialogue.

Lawak

Yang ini mungkin ramai yang tak jangka. Bila tengok trailer nampak macam cerita yang serius tapi bila tengok, banyak pula scene yang kelakar dan membuat satu panggung tergelak. Satu usaha yang baik untuk mengekalkan minat penonton.

CGI

CGI yang ditonjolkan menunjukkan kemajuan yang tinggi. Kalau nak dibandingkan dengan produksi pertama KRU, Cicakman, kualiti penggunaan CGI dalam cerita ini nampak lebih smooth dan real. Cuma, pada akhir-akhir cerita, kualiti CGI nampak merundum.

Action

Scene action boleh dipuji. Gaya berlawan dan pertarungan yang kreatif dan menjadi. Effect CGI yang berjaya. Cuma ada satu scene yang pelik bila orang ramai jatuhkan Merong Mahawangsa, then tiba-tiba semua dah terbaring & Merong Mahawangsa seorang yang berdiri

Sebenarnya, agak susah untuk aku tulis review tentang cerita ini. Tak tahu kenapa, ada banyak lagi yang nak di cerita tapi mungkin lebih senang nak difahami kalau korang pergi tengok sendiri cerita ini dan nilai. Banyak scene yang boleh dipuji tapi ada sesetengah yang kaku dan kurang sesuai. Apa-apa pun, ini pendapat peribadi. Pandangan korang mungkin berbeza.

4.5/5.....good job

1 comment:

Mrs Fauzi said...

tu ah aku dh tgok dh...sejarah asal usul keturunan kedah...superb walaupun ade part yg nampak sgt guna cgi..tapi 1st filem melayu yg lain dr yg lain...sgt teruja tgok...!!