Iftar@KL

Tanpa di rancang je,mulanya kitaorang datang nk berbuka di mana mana restoran je,tetiba muncul dalam benak fikiran yg ada majlis Iftar@KL . Terus suggest dalam mesyuarat kabinet Kentalians. Sampai je semua telah sedia terhidang.Meriah betul majlis berbuka Iftar@KL anjuran Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia di Dataran Merdeka.

Don't worry makanan disediakan dalam bentuk box, ada air panas dan sejuk juga, bubur lambuk pun ada. 

Sebelum berbuka ada tazkirah dan tadarus terlebih dahulu dan juga solat maghrib,isyak dan terawih berjemaah selepas majlis. 

Eh bila duduk makan beramai ramai ni. Terus sedar yang kita ni semua sama sahaja. Berkongsi kegembiraan berbuka dan merasa juadah yang sama. Pelancong pun ada berbuka sekali join Iftar@KL ni. Ragam org macam2..

Rasanya majlis ni every week kot di buat di Dataran Merdeka ni..korang carilah info sbb yg tahu every weekend sampai minggu sebelum raya. Bawa sedara mara,kawan2 dtg sini. No feeling diva yer. Sini semua sama jer. 





No comments: