Hari ni ke Universal Studio Hollywood tempat dimana filem-filem, drama-drama kebanyakkan dirakamkan di dalam studio sahaja dan disini Universal Studio pertama di dunia. Masa on the way dari hotel ke sini T.M cakap trip Prudential diberi keistimewaan khas , katanya lah...
kita tengok apa yang istimewa sangat
tix masuk Universal Studio
dapat gift lagi yeay !!!
sampai-sampai je tak perlu beratur terus ikut pintu lain untuk masuk, mmg ada special lane
breakfast dalam ni yer, dalam Universal Studio
-bangga jap biler ada signboard mcm tu-
kembang kempis kembang kempis
terus masuk breakfast
breakfast sedap !!!! rugi x mkn bnyk...hahaha
lepas breakfast jer terus pergi ke tempat untuk naik tram, best thing is keluar pintu sahaja tram dah tunggu, rupanya mmg special, Prudential group akan buat tour dulu dalam studio baru dibuka pada public dan tram dtg ambil depan pintu tak perlu pergi tempat menunggu tram.
Jurassic Park
Sebijik kapal terbang dihancurkan di sini ya
- ada yang buat lawak kata dah jumpa MH370 n ni sisa MH17-
SEDIKIT PUN X LAWAK YE - sigh-
set Desperate Housewifes
sebenarnya banyak pic dalam Universal Studio cuma aku malas nk upload. Aku upload yang aku suka jer hahaha..
so Universal Studio Hollywood ni cuma extra pada studio-studio utk shooting sahaja spt drama-drama, filem filem dan reality show ( sila google sendiri show apa )
bagi theme park pula aku still prefer Universal Studio Singapore mcm lagi gempak sahaja
btw kitaorang di beri Pass Khas yg mana tak perlu beratur untuk main game dalam theme park, so aku pilih game yg mana tiada di Singapore untuk main antaranya Minion ....hahahah..tp serious best walaupun untuk budak sebenarnya.
so next destination adalah Rodeo Drive terletak di Berverly Hills, BH ni tempat selebriti-selebriti Hollywood tinggal dan Rodeo Drive adalah tempat shopping golongan golongan bangsawan di sana. Rodeo Drive ni juga merupakan tempat barang-barang latest edition akan diletakkan terlebih dahulu, baru akan diletakkan di tempat tempat lain.
pic di sini tak banyak sangat sebab battery hp aku habis dan aku lupa bawa power bank so aku hanya cuci mata ( not really ) terbeli juga seketul dua barang ntah apa-apa
done untuk hari ni dan yang sedihnya bila balik, power bank tu ada je dalam bag sebelah bawah disebalik kertas, sedeh !!
No comments:
Post a Comment